Immersive Reader – Alat Bantuan Kecacatan Menulis dan Membaca daripada Microsoft

Immersive Reader – Alat Bantuan Kecacatan Menulis dan Membaca daripada Microsoft

Diterbitkan pada Apr 8, 2019 oleh .

Menurut kajian RTI International‘s Center for Evaluation & Study of Educational Equity, sebanyak 15-20% daripada populasi dunia ini mengalami masalah ketidakmampuan atau kecacatan pembelajaran. Disleksia dan disgrafia ialah penyakit yang biasa dikaitkan dengan kecacatan ini.

Disleksia adalah masalah membaca manakala Disgrafia pula adalah masalah yang membabitkan penulisan. Antara usaha yang dilakukan oleh Microsoft ialah dengan menghasilkan Immersive Reader.

Immersive Reader adalah salah satu komponen bantuan yang dihasilkan oleh Microsoft untuk meningkatkan keupayaan pembacaan dan penulisan. Immersive Reader juga boleh digunakan oleh pengguna biasa untuk membaca dan menulis pada peranti atau komputer dengan mudah dan cepat.

Immersive Reader membolehkan anda mengubah saiz font, menambah jarak antara perkataan dan garisan, dan menukarkan warna font atau latar muka mengikut keselesaan pembaca.

Selain dari itu, pengguna boleh melihat label pada kandungan seperti kata kerja, kata sifat dengan warna yang berbeza. Fungsi ‘Fokus Garisan’ juga dilihat sangat membantu untuk memudahkan tumpuan pengguna ketika membaca ayat pada kandungan yang dibaca.

Terdapat juga fungsi bacaan suara yang boleh diubah mengikut kepantasan yang dikehendaki untuk meningkatkan keupayaan kefahaman pada ayat yang dibaca. Pada kemaskini yang terbaru, Microsoft bekerjasama dengan Boardmaker untuk menambah fungsi kamus bergambar apabila pengguna menekan perkataan yang dikehendaki.

Menurut Microsoft, sebanyak 88% pelajar telah menunjukkan peningkatan tingkahlaku dan 68% menunjukkan peningkatan pemahaman dalam pembacaan selepas menggunakan Immersive Reader.

Immersive Reader tersedia sepenuhnya secara percuma dalam aplikasi Microsoft One Note. Pengguna juga boleh menggunakan Immersive Reader dalam aplikasi lain seperti Microsoft Word dan PowerPoint dengan memuat turun ‘plug-in’ yang tersedia di Microsoft Store.

Guna: Microsoft Immersive Reader


TIPS & ULASAN