10 Tips Pantas Untuk Samsung Galaxy S10 Anda

10 Tips Pantas Untuk Samsung Galaxy S10 Anda

Diterbitkan pada Apr 7, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10 merupakan telefon pintar mercu daripada Samsung untuk tahun 2019. Menjadi kebiasaan untuk pengeluar menyertakan spesifikasi tinggi pada telefon pintar mercu, dan hadir bersama adalah sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Melalui One UI yang disertakan pada Galaxy S10, pihak Samsung melengkapkan ia dengan sejumlah ciri-ciri menarik, dan berikut antara ciri yang menarik pada telefon Samsung anda dijana One UI:

Mengaktifkan Sokongan “Messenger Duaan”

Galaxy S10 Dual Messenger

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu nombor telefon, mungkin anda ingin menggunakan seperti dua akaun WhatsApp, atau dua akaun Telegram pada peranti anda. Untuk memudahkan perkara berkenaan, Samsung menyertakan sokongan dinamakan “Messenger Duaan”.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke halaman Settings > Advanced Features > Dual Messaging

Mengaktifkan Sokongan Gestur

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 melalui One UI menyertakan sokongan untuk pengguna sama ada inginkan penggunaan butang navigasi berasaskan butang maya, atau menggunakan gestur. Jika anda berminat, boleh mengaktifkan sokongan gestur, sekaligus menyembunyikan butang maya pada skrin – sekaligus menggunakan ruangan skrin yang lebih besar berbanding kebiasaan.

Setelah mengaktifkannya juga, anda boleh menatal dari bawah ke atas untuk mengakses ruangan multi-tugasan, selain keluar dari aplikasi dengan menatal ke kanan.

Untuk mengaktifkan sokongan gestur, anda boleh ke halaman Settings > Display > Navigation Bar

Mengakses Talam Notifikasi Dengan Pantas Pada Skrin Utama

Galaxy S10 Quick Open Notification

Sekiranya anda memilih mengaktifkan gestur, mungkin juga ada gunanya anda mengaktifkan sokongan untuk mengakses sesuatu talam notifikasi dengan pantas.

Kebiasaannya, anda perlu menatal dari bahagian atas skrin ke bawah untuk mengakses talam notifikasi. Untuk memudahkannya, anda turut boleh menatal kebawah daripada mana-mana bahagian skrin di skrin utama, dan mengakses talam notifikasi – sekaligus memberikan lebih kemudahan ketika menggunakannya sebelah tangan.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke halaman Settings > Display > Home Screen > Quick-Open Notification Panel

Mengaktifkan Sokongan Tema Gelap

Galaxy S10 Night Mode

Pada pelbagai telefon pintar pada hari ini, salah satu ciri yang dinantikan ramai adalah sokongan tema gelap. Melaluinya, pengguna boleh mengaktifkannya, dan telefon pintar akan mengaktifkan paparan berwarna gelap – sekaligus memberikan lebih keselesaan pada mata anda pada pelbagai keadaan cahaya.

Disamping keselesaan pada mata, mengaktifkan ciri ini juga menjimatkan lagi penggunaan bateri anda berbanding penggunaan tema berwarna cerah.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke halaman Settings > Display > Night Mode.

Memaparkan Hanya Ikon Pada Skrin Kunci

Galaxy S10 Navigation Bar

Pada ruangan skrin kunci utama pada telefon pintar, ia sering memaparkan notifikasi bagi memudahkan anda menyemak sebarang perkara baru pada telefon pintar anda.

Melalui Galaxy S10, anda boleh mengawal bagaimana anda ingin memaparkan notifikasi berkenaan. Sekiranya berminat, anda boleh memaparkan notifikasi penuh, atau sekiranya anda ingin menjaga privasi, boleh memilih untuk hanya memaparkan ikon sahaja.

Untuk mengaktifkannya, and ahanya perlu ke Settings > Lock Screen > Notifications

Mengaktifkan Mod Khusus Untuk Kanak-Kanak

Kids Mode

Sekiranya anda mempunyai anak kecil yang ingin bermain telefon pintar anda, semestinya anda ingin mengehadkan aplikasi yang boleh diakses – untuk mengelak anak anda tersilap menghantar emel atau mesej.


Untuk tujuan berkenaan, anda boleh mengaktifakn sokongan mod kanak-kanak – sekaligus memberikan akses terhad peranti anda kepada anak anda.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke aplikasi Kids Mode.

Menggunakan Kekunci Bixby Untuk Mengakses Aplikasi Lain

Butang Bixby

Sejak beberapa versi Galaxy sebelum ini, Samsung telah mula menyertakan butang fizikal untuk pembantu maya Bixby. Pada Galaxy S10, anda turut boleh menggunakan butang fizikal berkenaan untuk mengakses ciri lain, dan tidak terhad untuk Bixby semata.

Untuk menggunakan butang berkenaan bersama-sama aplikasi lain, anda hanya perlu ke halaman Settings > Advanced Features > Bixby Key.

Menetapkan Kekunci Pintasan Lain

Galaxy S10 Power Up

Selain butang fizikal Bixby untuk mengakses sesuatu aplikasi atau tetapan dengan pantas, anda turut boleh menetapkan penggunaan kekunci fizikal lain untuk mengakses sesuatu tetapan dengan pantas.

Sebagai contoh, dengan menekan butang kuasa dan naikkan volume, anda boleh menetapkan supaya ia membuka aplikasi pembantu maya.

Untuk menetapkannya, anda hanya perlu ke halaman Settings > Accessibility > Advanced Settings > Power and Volume Up Keys

Digital Wellbeing

Dengan perkembangan peranti pintar, salah satu perkara yang tiadk baik adalah apabila pengguna menggunakan peranti dengan berlebihan sehingga menganggu waktu produktif anda.

Untuk memantau penggunaan peranti dan mengehadkan sesuatu aplikasi daripada digunakan berlebihan, anda boleh mengaktifkan ciri Digital Wellbeing. Disana, anda boleh membuat tetapan mengehadkan aplikasi, selain turut melihat corak penggunaan peranti anda.

Untuk mengaktifkannya, hanya ke halaman Settings, dan pilih Digital Wellbeing.

Samsung Members Untuk Pelbagai Ganjaran Menarik

Samsung Galaxy S10

Dan akhir sekali, salah satu perkara yang tidak diketahui ramai pengguna tempatan adalah penawaran Samsung Members. Melaluinya, Samsung sering menyediakan pelbagai kupon percuma untuk pengguna nikmati, selain diskaun-diskaun menarik.

Disamping itu, Samsung Members juga menyediakan bantuan eksklusif kepada pengguna Samsung berkaitan peranti mereka – sekaligus memudahkan lagi proses tanpa perlu ke kedai Samsung untuk mendapatkan bantuan.

Muat-Turun Samsung Members

Artikel ini dibawakan untuk anda oleh Samsung Malaysia.


TIPS & ULASAN