Cari @ Amanz

Camera Nircermin Panasonic G95 Dilancarkan Dengan Kemampuan Kalis Air Dan Debu

Link Copied!

Hujung minggu lalu kamera nircermin Panasonic G95 dilancarkan sebagai model kemas kini kepada G85. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 20.3 Megapixel Digital Live MOS Sensor. Sistem pemfokusan yang digunakan pula adalah Contrast AF System yang menggunakan fungsi DFD (Depth From Defocus) bagi memberikan kepantasan memfokus dalam masa 0.07 saat.

Ia mampu merakam sehingga 9 bingkai sesaat sehingga 600 gambar secara berturutan. Kemampuan video pula ialah 4K 30FPS dan gerak perlahan pula adalah 120FPS pada resolusi 1080P. Panasonic G95 mempunyai sistem penstabilan imej 5 paksi pada tubuh dan 2 pada lensa kamera. Cip pemprosesan imej Venus Engine yang digunakan pula membolehkan gambar yang terang diambil dalam situasi gelap kerana kamera mempunyai tahap maksimum ISO 25600.

Untuk memudahkan proses rakaman gambar, terdapat viewfinder dengan skrin OLED dan panel LCD boleh laras sebesar 3-inci dengan sokongan sesentuh. Fungsi lain yang disertakan ialah bicu audio untuk mikrofon, bluetooth 4.2 dan WiFi untuk memudahkan pemindahan gambar. Tubuh magnesium G95 juga tahan lasak dan kedap sekaligus memberikannya kemampuan kalis air dan debu. Panasonic G95 akan mula dijual Mei hadapan pada harga $1199.99 (~RM 4906) sebuah.


Komen ()