Cari @ Amanz

Oppo Mempatenkan Rekaan Peranti Meluncur Dwi-Skrin Yang Meluncur

Link Copied!

Peranti dengan skrin boleh lipat akan membawakan perubahan drastik dalam dunia telefon mudah alih. Tetapi pada waktu yang sama pengeluar lain turut mempunyai rekaan unik untuk meningkatkan saiz skrin pada peranti mereka. Oppo mempunyai idea yang aneh tetapi unik untuk rekaan peranti dwi-skrin mereka berdasarkan dua paten yang telah mereka failkan.

Rekaan pertama ialah skrin sekunder yang melungsur ke atas sama seperti sistem kamera periskop pada Oppo F11 Pro. Rekaan kedua adalah lebih unik dengan skrin sekunder melungsur ke sisi dengan saiz yang sama dengan skrin utama. Ini membolehkan skrin kedua menjadi papan kekunci maya atau pad sesentuh untuk alat kawalan permainan. Kedua-dua paten telah ditemui oleh laman LetsGoDigital selepas ia difailkan ke WIPO awal tahun ini.


Komen ()