Cari @ Amanz

Logitech Zone Wireless Diumumkan – Fon Telinga Dengan Pembatalan Hingar Untuk Pejabat

Link Copied!

Di pejabat cara terbaik untuk menumpukan perhatian pada kerja ialah dengan mendengar muzik. Tetapi kerap kali fon telinga atau fon kepala yang digunakan tidak cukup mantap untuk menapis audio luaran perbualan rakan sepejabat. Logitech Zone Wireless baru sahaja diumumkan sebentar tadi dan ia fon kepala nirwayar yang direka khusus untuk kegunaan di pejabat.

Fon kepala ini dilengkapi dengan sistem pembatalan hingar aktif ANC yang boleh menapis bunyi luar dari menerjah telinga pemakai. Terdapat mikrofon terbina untuk pengguna melakukan panggilan telefon sambil tangan masih bebas untuk melakukan kerja. Kerana ia direka khusus untuk kegunaan pejabat, Zone Wireless telah disahkan sesuai digunakan dengan aplikasi Skype for Business, Bluejeans, Cisco WebEx, Cisco Jabber, dan GoToMeeting.

Apabila tidak digunakan ia boleh dilipat bagi memudahkannya disimpan di dalam beg galas. Seperkara lagi ia boleh dicas semula menggunakan pengecas nirwayar Qi. Sepasang Logitech Zone Wireless dijual pada harga $200 (~RM 820) bermula bulan ini.


Komen ()