Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk hadir dengan pelayar web serba baru berasaskan enjin Chromium – seperti mana yang digunakan pada Google Chrome. Lanjutan daripadanya, kini, hari ini Microsoft telah melancarkan versi pembangunan untuk Microsoft Edge berasaskan enjin Chromium untuk para pengguna sistem operasi Windows 10.

Microsoft Edge

Bagi pengguna Windows 10, anda boleh memuat-turun Microsoft Edge (Canary) dan juga Edge (Dev) melalui laman khusus yang disediakan Microsoft, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum versi stabil hadir dalam masa sekitar enam minggu lagi. Microsoft turut mengatakan sokongan untuk sistem operasi lain bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Microsoft Edge

Melalui versi pembangunan ini, ia membolehkan pengguna log masuk ke akaun Microsoft Account pada pelayar web Edge ini, selain ia turut menyertakan rekaan antaramuka yang mengabungkan sedikit rekaan Edge dan Chrome. Selain daripada itu, ia juga menyertakan sokongan untuk Chrome Web Store bagi pemasangan pemalam tambahan.

Sejumlah ciri lain masih pada peringkat pembangunan, termasuk rekaan akhir pelayar web berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 10, anda boleh memuat-turun dan menguji pelayar web Edge berasaskan Chromium ini hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd