Samsung Galaxy A Adalah Pengganti Kepada Samsung Galaxy J
Fahim Zahar
Sejak kebelakangan ini, kita sudah lihat Samsung melancarkan beberapa model telefon pintar baru dalam siri Galaxy A. Antaranya adalah; Galaxy A30, A50, A10, A20, A70 dan kelak A90. Apakah siri A ini? Kenapa banyak sangat model, kenapa harga jualan mampu milik dengan spesifikasi agak hebat di atas kertas?
Samsung baru-baru ini telah hadir dengan video baru, yang mengesahkan siri Galaxy A adalah pengganti buat Galaxy J. Melalui siri Galaxy A, Samsung akan kekal hadir dengan peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik. Seterusnya, fokus Galaxy A ini adalah pada bateri, penggunaan multi-kamera, pengalaman penggunaan skrin yang lebih imersif dan juga memfokuskan penggunaan untuk gaya hidup.
[info] Baca Ulasan Samsung Galay A50 Di Sini [/info]
Apakah pendapat anda tentang strategi pengeluaran telefon pintar Samsung yang baru ini? Ada yang mengatakan Samsung cuba mengikut jejak langkah Xiaomi, anda setuju?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.