Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Empat Model Galaxy Note 10 – Note 10e Dan Note 10 5G?

Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Empat Model Galaxy Note 10 – Note 10e Dan Note 10 5G?

Diterbitkan pada Apr 9, 2019 oleh .

Galaxy S10 adalah siri peranti mercu terbaru dari Samsung yang terbaik. Dengan ketiadaan beza kamera pada Galaxy S10 dan S10+, menawarkan variasi lebih mampu milik S10e serta harga peranti mercu yang agak kompetetif – tidak dinafikan ia menarik hati ramai orang.

Pengguna siri Galaxy Note pasti menanti-nantikan siri Note yang baru. Ia dijangkakan akan hadir pada Ogos kelak, tetapi ada apa yang mengejutkan adalah – mungkin akan terdapat empat model Galaxy Note 10 akan dilancarkan. Laporan mengatakan dua model LTE adalah variasi Galaxy Note 10 dengan skrin 6.28-inci dan 6.75-inci, di mana kedua-dua ini akan hadir dengan tri-kamera dan satu lagi adalah quad-kamera.

Kemudian, akan terdapat satu model 5G. Ketiga-tiga model ini akan hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang. Tetapi akan terdapat satu model lagi yang mempunyai perbezaan prestasi. Phonearena menjangkakan Galaxy Note 10e dengan saiz skrin 6.4-inci. Tetapi peranti keempat ini masih misteri dan tiada butiran lagi. Banyak model yang dilancarkan ini adalah strategi Samsung untuk lariskan jualan.

Laporan turut melaporkan yang siri Galaxy S10 laris dijual dan mencapai 120% lebih berbanding Galaxy S9 tahun lepas. Dengan strategi pelbagai model S10 yang berjaya, adakah Samsung ingin cuba pada siri Note pula? Jika ya, ini adalah pertama kali Samsung hadir dengan banyak model untuk Galaxy Note.


TIPS & ULASAN