Sebelum ini, kami ada memaparkan artikel berkenaan Kerjasama MIMOS dan Microsoft dalam penubuhan awal industri teknologi malaysia. Kini, MIMOS bersama Microsoft turut meneruskan usahasama mereka dengan menubuhkan pusat kecerdasan buatan terapan di Malaysia yang dinamakan sebagai Pusat Kecerdasan Buatan untuk Industri Masa Depan (CAIFI).
Melalui kerjasama ini ia secara terus dapat mempercepatkan peralihan negara ke teknologi awanan, seiring dengan Dasar Kebangsaan Industri 4.0.
Perkongsian ini telah diumumkan oleh YB Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia yang hadir semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Microsoft di Redmond, Amerika Syarikat. Beliau menyifatkan dengan adanya sebegini mereka dapat membuka peluang. Sekaligus, mengadptasi teknologi moden ini ke dalam pelan digital dan ekosistem negara pada industri negara.
Turut difahamkan pusat ini akan dilengkapi dengan program seperti peranti berhubung dan kecerdasan buatan Microsoft. Di mana ia menyediakan akses kepada alat pembangunan untuk tujuan pembelajaran. Kesemua bengkel dan makmal mengenai kecerdasan buatan dan peranti berhubung akan dijalankan untuk membantu usahawan. Inisiatif ini termasuklah dengan melatih komuniti perusahaan kecil sederhana (PKS) dan graduan dari industri kewangan, pembuatan.
Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran dan pembangunan pelbagai idea baru di pusat ini dalam bulan-bulan akan datang – sekaligus turut memacu arena kecerdasan buatan di Malaysia.