Aplikasi Snapchat Untuk Android Telah Dibina Semula Untuk Memberi Prestasi Yang Lebih Lancar

Aplikasi Snapchat Untuk Android Telah Dibina Semula Untuk Memberi Prestasi Yang Lebih Lancar

Diterbitkan pada Apr 9, 2019 oleh .

Snapchat merupakan sebuah perkhidmatan sosial yang menawarkan perkongsian video sementara dan sistem permesejan terbina. Namun aplikasi Snapchat untuk Android dilihat mempunyai pengoptimasian lebih rendah berbanding iOS, walaupun ia telah diperkenalkan sejak 5 tahun yang lalu. Hari ini, pihak Snapchat telah membina semula aplikasi ini untuk Android bagi memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Pembangunan aplikasi terbaru Snapchat ini telah mula dibangunkan sejak tahun lalu, yang mana ia sedia diuji secara tertutup oleh pengguna. Ia dikatakan telah dibina daripada mula, bagi membolehkan kod dan beberapa sumber di dalam aplikasi ini menjadi lebih ringkas dan efisien.

Kemaskini ini dilihat tidak membawa perubahan antaramuka yang besar kerana tidak ingin mengelirukan pengguna. Sebaliknya, mereka mengekalkan antaramuka versi lama Snapchat, dengan membawa sejumlah perubahan di belakang tabir. Aplikasi versi baru ini dijangka dapat memberi prestasi yang jauh lebih lancar, selain meningkatkan sedikit kualiti perkongsian video.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android dan menggemari perkhidmatan Snapchat, kemaskini ini semestinya sangat memberi manfaat kepada anda. Untuk mendapatkannya, kemaskini Snapchat versi baru ini telah pun diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna bermula hari ini.


TIPS & ULASAN