Cari @ Amanz

Antara kerjaya alaf baru yang semakin mendapat perhatian ialah menjasi penstrim permainan video. Selebriti penstriman seperti Ninja menjadi jutawan dengan hanya bermain video sepanjang hari. Untuk memastikan setiap aksi yang dilakukan dapat ditonton dengan lancar, kad rakaman video (capture card) digunakan.

Razer Ripsaw HD ialah kad rakaman video mereka yang boleh mengambil input 4K 60FPS yang kemudiannya distrim ke atas talian secara langsung pada resolusi 1080P 60FPS. Pada waktu ini Ripsaw HD hanya menyokong output dan input HDMI 2.0 sahaja tanpa port DP. Razer Ripsaw HD akan dijual pada harga $159.99 (~RM 655) bermula 11 April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd