Cari @ Amanz

Apple telah pun melancarkan koleksi tablet terbaru mereka sebelum ini, merangkumi iPad Air dan juga iPad Mini. Menjadi fokus pada kedua-dua tablet ini adalah sokongan input menggunakan Apple Pencil. Setelah dilancarkan beberapa minggu lepas, kini kedua-dua tablet ini juga sudah boleh didapati di Malaysia.

Apple iPad Air

iPad Air hadir dengan skrin 10.5-inci, dijana cip Apple A12 Bionic, serta menawarkan kuasa prestasi lebih 70% berbanding generasi sebelumnya. Ini sekaligus membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara melaluinya, termasuk menikmati paparan Retina dengan sokongan True Tone.

iPad Mini pula hadir dengan skrin 7.9-inci, dijana cip yang sama, selain turut memfokuskan kepada sokongan realiti-terimbuh dan paparan True Tone padanya.

Di Malaysia, iPad Air ditawarkan pada harga bermula RM2199, sementara iPad Mini pula ditawarkan pada harga bermula RM1699. Melalui laman Apple Malaysia, mereka menjanjikan penghantaran hari esok untuk kedua-dua tablet ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd