Dengan kamera digital. jurugambar tidak perlu lagi menyimpan negatif filem yang mudah rapuh. Kini ratusan gambar digital boleh disimpan di dalam storan luaran yang bersaiz kecil. Bagi peminat fotografi yang kerap melakukan aktiviti luaran yang lasak, Sony telah melancarkan storan luaran SSD yang bukan sahaja tahan lasak tetapi turut mempunyai ketahanan kalis debu serta air IP67.
Dua storan yang dihasilkan ialah SL-C yang bersaiz padat dan SL-M yang bersaiz lebih besar. Saiz storan yang ditawarkan ialah 500GB, 1TB dan 2 TB. Kerana kerangka yang tahan lasak, ia boleh menyerap hentakan terjatuh dari ketinggian sehingga 9 kaki. Pada waktu yang sama ia tahan tekanan sehingga 6000 kg/kaki dan tahan lenturan 2000 kg/kaki. Ia hanya mempunyai sambungan USB-C (USB 3.1 Gen 2) yang memberikan tahap membaca dan menulis pada kadar 1000MB/s. Harga masih belum diumumkan tetapi jualan akan bermula pertengahan tahun.