Cari @ Amanz

Dalam usaha mengurangkan angka akaun spam di laman sosial Twitter, kini, mereka mengumumkan yang mana akan mengehadkan angka akaun yang boleh seseorang pengguna ikuti kepada 400 akaun setiap hari.

Angka ini diturunkan daripada 1000 akaun sebelum ini, kepada 400 akaun pada hari ini.

Dengan langkah ini, Twitter berharap agar dapat mengurangkan pelbagai akaun spam yang kebiasaannya akan mengikuti akaun Twitter lain dipasaran – dan seterusnya nyah-ikuti mereka.

Twitter turut mengatakan yang mana perubahan ini tidak menjejaskan 99.87% pengguna Twitter – apatah lagi ia agak jarang untuk pengguna biasa mengikuti sejumlah akaun Twitter dengan banyak pada sesuatu masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd