Samsung Galaxy J8 Mula Menerima Kemaskini One UI

Samsung Galaxy J8 Mula Menerima Kemaskini One UI

Diterbitkan pada Apr 9, 2019 oleh .

Pada bulan Julai tahun lepas, Samsung Galaxy J8 mula dijual di Malaysia. Samsung Galaxy J8 menggunakan skrin 6-inci SAMOLED HD+, dijana cip Snapdragon 450, memori 3GB RAM dan storan sebesar 32GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera swafoto 16MP. Menjananya juga adalah bateri 3500mAh.

Baru-baru ini, Galaxy J8 telah mula menerima kemaskini One UI berasaskan Android Pie. Kemaskini ini turut hadir bersama-sama dengan tampalan sekuriti bulan April 2019. Peranti mampu milik Samsung ini dijual di Malaysia pada harga RM999 sahaja. Jika anda semak tetapan dan masih tidak menerima kemaksini, ini kerana ia baru diedarkan di Rusia dan akan hadir ke negara lain secara berperingkat.

One UI adalah sistem operasi terbaru Samsung berasaskan Android, dengan fokus terhadap penggunaan satu tangan serta lebih kemas dan mudah digunakan.


TIPS & ULASAN