Huawei P30 Pro merupakan sebuah model peranti mercu yang terbaru dilancarkan dan telah pun memasuki pasaran tempatan pada April lalu dengan tanda harga bermula RM3,799 hingga RM4399.
Sokongan kamera untuk telefon pintar ini dikatakan sangat hebat kerana ia dilengkapi dengan teknologi Zoom Periskop. Spesifikasi bagi kamera telefon pintar ini pula dilengkapi dengan binaan tri kamera belakang yang digabungkan dengan sensor 40MP, 20MP dan 8MP. Manakala kamera swafotonya dibina dengan sensor 32MP. Telefon pintar ini turut hadir dengan rekaan skrin 6.47 inci OLED, dijana dengan cip Kirin 980, memori 8GB RAM bersama dua pilihan storan iaitu 256GB atau 512GB.
Dengan kehadiran teknologi teknologi terbaru setiap tahun seperti ini, ia dilihat sangat tidak berbaloi untuk anda membeli sesuatu telefon pintar, terutamanya apabila baru dilancarkan.
Hal ini adalah kerana harga jualan rasmi akan ditawarkan pada harga yang paling tinggi untuk sesebuah telefon pintar tersebut. Ini sekaligus menjadikan jumlah kos hak milik untuk peranti anda akan menjadi lebih mahal sekiranya anda sering membeli telefon pintar keluaran terbaru.
Sekiranya ia tidak berbaloi untuk anda membeli telefon pintar yang baru dilancarkan ini, jadi apakah cara terbaik untuk anda mendapatkan pengalaman menggunakan telefon pintar Huawei P30 Pro terbaru ini? Maxis ada jawapannya.
Maxis memahami kehendak orang ramai dan pelanggan mereka yang sering bertukar tukar telefon pintar. Oleh itu, mereka menawarkan pelan Zerolution360 bagi memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk menyewa telefon pintar mercu terkini pada harga yang lebih murah berbanding membelinya.
Melalui pelan ini, anda hanya perlu membayar serendah RM99 hingga RM109 setiap bulan bagi telefon pintar Huawei P30 Pro yang mana tempoh sewaan untuk telefon pintar ini adalah selama dua tahun.
Jadi, jika digandakan RM99/bulan selama 24 bulan, jumlah kos yang anda keluarkan sepanjang tempoh sewaan dua tahun adalah serendah RM2376 sahaja, sedangkan harga jualan rasmi untuk telefon pintar ini adalah bermula RM3,799. Oleh itu, melalui pelan ini, anda mampu berjimat sebanyak sehingga RM1423.
Selain mampu berjimat melalui pelan Maxis Zerolution360, terdapat beberapa kelebihan lain jika anda menyewa Huawei P30 Pro melalui pelan ini.
1. Gantian Skrin Secara Percuma – Jimat Lebih daripada RM800
Skrin merupakan satu elemen yang sangat penting pada sesebuah telefon pintar. Jika berlaku kerosakkan pada skrin, fungsi fungsi pada telefon pintar tidak dapat beroperasi dengan lancar dan akan mengganggu prestasi penggunaan kita.
Kalau dilihat pada laman rasmi Huawei sendiri, kos untuk gantian skrin telefon pintar ini adalah sangat mahal iaitu hampir RM900. Namun, ia berbeza dengan pelan yang ditawarkan oleh Maxis ini dimana kos gantian skrin adalah percuma kepada semua pelanggan yang melanggan pelan Zerolution360 Premium sekaligus menjimatkan kos gantian skrin sebanyak lebih daripada RM800.
2. Kos Baik Pulih Dan Gantian Peranti Yang Lebih Murah
Jika anda membeli Huawei P30 Pro melalui laman rasmi mereka atau pengedar pengedar biasa, anda perlu menanggung kos baik pulih dengan sendiri.
- Info
- Layari: Laman Rasmi Maxis Untuk Maklumat Lanjut
Tetapi, sekiranya anda menyewa Huawei P30 Pro melalui pelan Maxis Zerolution360 ini, anda hanya perlu membelanjakan kos yang rendah untuk membaik pulih keseluruhan telefon pintar Huawei P30 Pro. Namun, sekiranya kerosakkan itu tidak dapat dibaiki, Maxis akan menggantikan telefon pintar anda kepada yang baru. Kos baik pulih telefon baik pulih adalah hanya RM280 sahaja, manakala gantian telefon baharu pula hanya berharga RM450.
Bukan itu sahaja, Maxis juga akan menggantikan kepada telefon pintar yang baru sekiranya telefon pintar yang anda langgan melalui pelan ini hilang disebabkan kecurian. Kos gantian telefon sekiranya dicuri adalah hanya RM800 sahaja, yang mana ia jauh lebih murah berbanding membelu Huawei P30 Pro yang baru.
3. Boleh Dinaik Taraf Kepada Huawei P40 Secara Percuma
Sekiranya anda seorang yang suka mengikuti teknologi terkini dan sering bertukar kepada telefon pintar yang terbaru, Maxis Zerolution360 ini adalah sangat berbaloi untuk anda langgan. Dengan melanggan telefon pintar melalui pelan ini, anda berpeluang untuk tukar kepada telefon pintar yang lebih terkini setiap tahun.
Kos untuk bertukar kepada telefon pintar terkini adalah percuma selepas 24 bulan langganan. Namun, sekiranya anda ingin bertukar kepada telefon pintar terkini sebelum tempoh sewaan anda tamat, anda hanya perlu membayar sejumlah bayaran minima sahaja untuk merasai pengalaman menggunakan teknologi terkini, yang mana ia lebih murah daripada membeli sebuah telefon pintar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kos perbelanjaan untuk telefon pintar Huawei P30 Pro yang murah melalui Zerolution360 akan membuatkan komitmen bulanan anda menjadi lebih rendah sekaligus mengurangkan stress anda untuk membuat pembayaran bulanan dan juga kos berkaitan kerosakkan dan kecurian telefon. Perbelanjaan yang anda patut gunakan untuk membeli telefon pintar boleh digunakan pada keperluan yang lebih penting.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menggunakan telefon pintar terkini dan ingin mengetahui mengenai penawaran ini dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka.
Penafian: Advertorial daripada Maxis