Cari @ Amanz

Touch ’n Go Kini Membuka Pemasangan RFID Secara Percuma Untuk Semua

Oleh Aman

Link Copied!

Touch ’n Go sebelum ini sedia menawarkan pemasangan RFID untuk pemilik kenderaan – tetapi ditawarkan secara terhad berdasarkan kepada pendaftaran temujanji terlebih dahulu. Hal berkenaan kini berubah, dan pihak Touch ’n Go diliha telah membuka pemasangan berkenaan kepada semua pengguna di sekitar Lembah Klang.

Bagi anda yang berminat, boleh ke sejumlah lokasi pemasangan percuma RFID yang disediakan oleh Touch ’n Go, sekaligus memasangnya dan menggunakannya dalam pembayaran tol.

Touch n Go RFID

Melalui penggunaan RFID, pengguna tidak lagi perlu memerlukan sebarang peranti khas seperti SmartTAG atau perlu menyentuh panel seperti kad TNG biasa. RFID menggunakan pemasangan pelekat khas yang dihubungkan ke dompet nirtunai TNG – sekaligus memudahkan lagi pengurusan pembayaran tol.

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh menyertai dan memasangnya secara percuma pada bulan ini tanpa sebarang temujanji atau pendaftaran awal. Apa pun, pastikan anda menyediakan beberapa dokumen awal sebelum pendaftaran – termasuk kad pengenalan, lesen memandu, dan juga geran kenderaan.


Komen ()