YouTube merupakan salah satu platform perkongsian video yang popular di seluruh dunia, dan terdapat sejumlah video yang telah mencapai lebih satu bilion tontonan sehingga ke hari ini. Terkini, mencatatkan rekod tersendiri adalah video muzik daripada “BlackPink” yang terbaru, iaitu “Kill This Love”.
Google mengesahkan kini yang mana video muzik ini adalah yang terpantas untuk mencapai 100 juta tontonan setakat ini – iaitu dalam masa hanya tiga hari sejak diterbitkan. Dalam tempoh 24 jam pertama sahaja, video muzik ini dilaporkan telah mencatatkan 56.7 juta tontonan. Video muzik ini juga turut mengetengahkan sejumlah produk Samsung terbaru – termasuk telefon pintar Galaxy S10, selain fon telinga nirwayar Galaxy Buds.
Pada masa yang sama, video muzik ini juga mencapai angka tontonan serentak tertinggi setakat ini, iaitu lebih 979,000 tontonan secara serentak pada sesuatu masa – mengatasi muzik video “Thank U, Next” yang mencatatkan 829,000 tontonan serentak pada Disember lepas.