Pada 6 April lepas, Huawei Malaysia secara rasminya telah membawa masuk Huawei MateBook 13 untuk pasaran tempatan. Ia merupakan ultrabook nipis dengan spesifikasi premium. Peranti ini hadir membawakan rekaan nipis bersama tampilan binaan logam yang premium pada kerangka peranti.
Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 13-inci dengan resolusi 2K selain menawarkan pilihan cip Intel Core i7-8565U bersama sokongan grafik NVIDIA GeForce MX150. Melengkapkan ultrabook ini, ia menawarkan memori 8GB RAM LPDDR3, storan 512GB NVMe PCIe bersama sokongan bateri sebesar 42 Wh.
Perkongsian Kini Lebih Mudah Dengan ‘One Tap To Share’
Sewaktu pelancaran Huawei Matebook 13 lalu, Huawei telah memperkenalkan Huawei Share 3.0. Ciri ini hadir dengan teknologi One Tap To Share yang mana ia membantu pengguna untuk memindahkan fail antara peranti Windows dan Android yang menyokongnya iaitu peranti Huawei & Honor.
Ciri Huawei Share 3.0 sebelum ini telah diperlihatkan ketika pengenalan Huawei P30 dan Huawei Mate 20 yang mana kedua-dua peranti ini menyokong pemindahan gambar dan video yang pantas antara peranti. Dengan ini, perkongsian fail dari telefon pintar anda ke Windows akan menjadi lebih mudah dan pantas. Huawei Matebook 13 ini adalah komputer riba pertama yang hadir dengan sokongan pemindahan pantas Huawei Share 3.0 secara terbina.
Sebelum ini, perkongsian dan pemindahan fail kebiasaannya dilakukan melalui pemindahan dengan menggunakan kabel USB atau bluetooth. Dengan kehadiran teknologi ini, perkongsian fail di antara dua peranti kini lebih mudah. Jadi, mari kita lihat apakah perkongsian yang boleh dilakukan menerusi teknologi One Tap To Share ini.
Perkongsian Gambar Dan Video Lebih Mudah
Huawei MateBook 13 menawarkan dua pilihan storan terbina pada peranti, iaitu 256GB dan 512GB. Dengan storan berkapasiti besar, ia memudahkan anda untuk menyimpan video dan gambar terus pada storan peranti. Bagi melancarkan proses pemindahan gambar dan video, Huawei MateBook 13 membawakan penggunaan NFC untuk memuat naik sehingga 500 gambar dalam 1 minit serta 1 GB video dalam 35 saat.
Jika terdapat sebarang teks pada gambar, Huawei MateBook 13 berupaya untuk mengeluarkan tulisan pada gambar untuk memudahkan proses pengeditan. Bagi anda yang gemar menonton video pula, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar anda pada komputer riba untuk berkongsi video dan nikmati paparan skrin FullView dengan MateBook 13. Dengan ini, anda tidak perlu menggunakan kabel atau memuat turun semula video daripada telefon pintar.
Perkongsian Dokumen Dan Fail Yang Bersaiz Besar
Anda juga boleh boleh berkongsi dokumen dan fail bersaiz besar atau lebih daripada 200MB terus ke Huawei MateBook 13. Melalui teknologi ini, proses pemindahan dokumen antara peranti lain dan Huawei Matebook 13 ini juga boleh dikatakan agak baik. Hal ini adalah kerana fungsi Huawei Share 3.0 turut membolehkan anda berkongsi lebih daripada satu fail pada sesuatu masa, selain turut menjimatkan masa ketika pemindahan fail dilakukan.
Menarik tentang teknologi One Tap To Share, semua perkongsian akan menjadi lebih mudah. Hanya dengan sentuhan pada Huawei MateBook 13, anda dapat memindahkan dokumen antara Huawei Matebook 13 dan telefon pintar anda.
Cara Berkongsi Fail Dokumen, Gambar Dan Video
Langkah 1: Aktifkan Huawei Share 3.0 dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih fail, dokumen atau gambar dari telefon anda
Langkah 3: Sentuh telefon pintar anda pada Huawei MateBook 13 dan fail akan dikongsi secara automatik ke komputer riba
Langkah yang sama juga boleh dilakukan bagi melakukan pemindahan dari komputer riba ke telefon pintar anda.
Pemindahan Salinan Teks Pada ‘Clipboard’ Secara Terus
Bagi anda yang kerap melakukan salinan teks dan kandungan pada klipbod telefon pintar anda ke komputer riba, anda turut boleh menggunakan fungsi One Tap To Share yang mana perkongsian salinan teks boleh dilakukan secara serta-merta.
Dengan kebolehan dan keupayaan yand ada pada teknologi One Tap to Share, proses penyalinan nota dan kandungan dari telefon adalah lebih mudah tanpa perlu menaip semula ke komputer riba. Jadi, anda boleh mengakses terus kandungan yang ditampal pada Huawei MateBook 13 sejurus selepas melakukan perkongsian.
Cara Menggunakan Perkongsian ‘Clipboard’
Langkah 1: Aktifkan Bluetooth dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih dan salin teks yang ingin dikongsikan dari telefon anda
Langkah 3: Menggunakan komputer riba, tampal kandungan tersebut di tempat yang diingini
Rakaman Skrin Secara Automatik
Selain perkongsian dan pemindahan fail, anda juga boleh merakam skrin Huawei MateBook 13 secara automatik selama 60 saat. Rakaman tersebut akan disimpan di telefon anda untuk perkongsian pantas. Menerusi ciri ini, pengguna dapat mempelajari cara menggunakan peranti dengan mudah dengan merakam tutorial sebagai bahan pembelajaran.
Buat masa ini, ciri perkongsian klipbod dan rakaman skrin hanya disokong oleh peranti Huawei dengan versi EMUI9.1 dan PC Manager 9.1 yang akan dikemaskini tidak lama lagi.
Cara Memulakan Rakaman Skrin
Langkah 1: Aktifkan Huawei Share 3.0 dan ikon NFC
Langkah 2: Goncangkan telefon anda ke bahagian sisi dengan berhemah sebelum sentuh pada komputer riba
Langkah 3: Telefon anda secara automatik akan melakukan rakaman skrin bagi video yang dimainkan di komputer riba anda.
Anda boleh mengawal durasi rakaman tersebut dan ia turut membenarkan anda berkongsi atau menyimpan video tersebut.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa teknologi One Tap To Share yang terdapat pada Huawei Matebook 13 ini dilihat dapat memudahkan pengguna untuk melakukan perkongsian dan pemindahan fail serta dokumen dengan cepat dan pantas. Selain itu, Huawei MateBook 13 ini hadir dengan rekaannya yang ringan, nipis dan premium yang menjadikannya kelihatan lebih elegan.
Komputer riba ini sudah pun memasuki pasaran Malaysia pada 6 April lalu. Di Malaysia, Huawei Matebook 13 ini membawakan tanda harga RM3999 bagi versi Intel Core i5, memori sebesar 8GB RAM dan 256GB storan, selain dilengkapi kad grafik NVIDIA MX150. Manakala, versi yang dijana dengan Intel Core i7, 8GB RAM, dan 512GB storan, serta sokongan kad grafik NVIDIA MX150 ditawarkan pada harga RM4399.
Di atas setiap pembelian komputer riba ini, anda akan menerima beberapa hadiah percuma seperti Huawei Bag Pack, Huawei Bluetooth Mouse, dan juga Microsoft Office 365 untuk setahun. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan komputer riba Huawei Matebook 13 ini melalui laman rasmi Huawei Malaysia ataupun pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
- Beli: Huawei MateBook 13
Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia