Cari @ Amanz

Honor nampaknya kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Honor 20. Lanjutan daripada desas-desus mengatakan Honor 20 Pro bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini, kini Presiden Honor mengesahkan pelancaran Honor 20i di Beijing pada 17 April kelak.

Honor 20i

Honor 20i dilihat memfokuskan kepada sokongan swafoto yang disertakan bersama dengannya – lebih kurang seumpama penawaran Nova 4e daripada Huawei. Honor 20i dijangka disertakan kamera 32-megapixel untuk rakaman swafoto, selain dilengkapi tri-kamera pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran global untuk peranti berkenaan akan dilakukan. Mungkinkah kita akan dapat melihat pelancaran serentak untuk pasaran tempatan dilakukan Honor Malaysia – seperti yang dijayakan oleh Huawei untuk Nova 4e mereka sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd