Dunia akan terasa lebih kecil sekiranya pesawat berkelajuan hipersonik diperkenalkan. “Pesawat angkasa” dengan kelajuan 5000 km/j telah dibangunkan oleh pihak Reaction Engine sejak 2004. Hanya tiga tahun yang lalu projek pesawat angkasa yang diberi nama Skylon ini menerima suntikan dana GBP 60 juta dari kerajaan UK. Pihak Reactive Engine sedang berusaha keras membangunkan enjin hibrid SABRE (Synergetic Air-Breathing Rocket Engine) yang boleh berfungsi sebagai enjin jet dan roket pada waktu yang sama.
Mereka telah berjaya melakukan ujian komponen pra-penyejuk untuk enjin SABRE mereka minggu ini. Menerusi komponen ini, udara panas 420° C berjaya disejukkan dalam masa kurang 1/20 saat. Sistem penyejukan ini adalah perlu kerana apabila terbang pada kelajuan Mach 5, suhu udara yang memasuki ruang enjin boleh meningkat ke 1,000° C. Ini cukup panas untuk mencarikan komponen enjin SABRE. Sistem pra-penyejuk perlu menyejukkan udara ini ke suhu -150° C dalam masa 1/100 saat untuk sebelum ini dialirkan ke kebuk enjin jet.
Selepas mencapai kelajuan Mach 5, SABRE akan berubah mod ke enjin roket sepenuhnya bagi membolehkan ia terbang di ruang angkasa pada kelajuan mencecah Mach 25. Kejayaan ujian sistem pra-penyejuk ini adalah langkah pertama untuk menjadi enjin hibrid SABRE berfungsi di dunia sebenar.