Cari @ Amanz

Kad “Combi” Akan Diperkenalkan Untuk Penggunaan Lebuhraya Dan Parkir Di Malaysia Dan Singapura

Oleh Aman

Link Copied!

Touch ’n Go dan EZ-Link (Singapura) hari ini telah mengumumkan kerjasama, dimana kedua-dua pihak akan hadir dengan sebuah kad nirtunai yang menyokong matawang kedua-dua negara, dinamakan Kad Combi.

Kad Combi

Kad Combi ini akan dilancarkan pada suku ke-empat 2019 ini, dimana ia akan memudahkan lagi pengguna yang ingin dari Malaysia ke Singapura dan sebaliknya.

Selain digunakan pada lebuhraya, jalan raya dan juga di parkir, ia juga kelak akan disokong di beberapa kedai untuk memudahkan bayaran runcit.

Sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan penawaran kad Combi ini dalam beberapa bulan lagi.


Komen ()