Vivo V15 Pro dilancarkan di Malaysia pada penghujung Februari yang lalu pada harga RM1799. Ini adalah model dengan memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Sempena pengguna V15 Pro sebagai peranti rasmi pertandingan Player Unknown’s Battlegrounds Mobile National Championships (PMNC) 2019, model dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 128GB akhirnya dilancarkan di Malaysia.
Peranti masih dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED, dijana pemproses Snapdragon 675, kamera utama 48+8+5 Megapixel, kamera swafoto periskop 32 Megapixel dan bateri sebesar 3700 mAh. Ia menyokong pengecasan pantas Duel Engine Fast Charging tetapi menerusi port mikro-USB. Harga jualan Vivo V15 Pro 8/128GB ini walau bagaimanapun masih belum diumumkan.
Memandangkan versi 6GB RAM sendiri sudah berharga RM1799, sama-sama kita nantikan berapakah harga jualan untuk versi 8GB RAM ini tidak lama lagi.