Apple Bakal Menggunakan Teknologi Paparan ‘Mini LED’ Pada Mac & iPad Keluaran Akan Datang

Apple Bakal Menggunakan Teknologi Paparan ‘Mini LED’ Pada Mac & iPad Keluaran Akan Datang

Diterbitkan pada Apr 9, 2019 oleh .

Peranti seperti Mac dan iPad pada masa kini masih dijana dengan paparan berasaskan IPS LCD. Walaupun kualiti paparan IPS daripada Apple antara yang terbaik, ia masih tidak dapat menyaingi paparan berasaskan LED. Namun pada selepas ini, Apple dijangka akan beralih ke teknologi paparan mini LED, bermula dengan produk berasaskan Mac.

Perkara ini telah dilaporkan oleh DigiTimes dengan mengatakan bahawa Apple bakal membawa teknologi ini pada model iMac 31.6-inci. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini dengan penambahbaikan dari segi spesifikasi.

Mereka juga melaporkan bahawa iPad bakal menerima teknologi ini pada sekitar suku ke-empat 2020 atau suku pertama 2021. iPad yang bakal menawarkan teknologi ini merangkumi model iPad berukuran daripada 10 hingga 12 inci.

Selain daripada Mac dan iPad, MacBook Pro juga dijangka akan dijana dengan mini LED pada suku pertama 2021. Perkara berkaitan dengan MacBook Pro ini juga adalah bertepatan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Ming-Chi Kuo.

Dengan adanya teknologi mini LED di dalam peranti Apple, ia dapat menambahbahbaik kualiti paparan berbanding bergantung kepada teknologi IPS. Ia dijangka akan menawarkan warna gamut yang lebih luas, nisbah kontras yang lebih tinggi, bersama sokongan high dynamic range (HDR) yang lebih baik.


TIPS & ULASAN