Cari @ Amanz

Opera sedia memperkenalkan sokongan dompet kriptowang pada penawaran aplikasi mudah-alih di Android, dan hari ini, pembangun pelayar web berkenaan turut memperkenalkan sokongan dompet kriptowang untuk pelayar web Opera di desktop.

Walaubagaimanapun, buat masa ini ia hanya menyokong Ethereum sahaja, dan dijangka menambah sokongan lain sekiranya terdapat permintaan.

Opera 60 Desktop

Pelayar web Opera versi baru ini juga turut menyertakan rekaan antaramuka yang diperkemaskini dan lebih moden, selain turut menyertakan sokongan VPN percuma secara terbina bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, Opera turut menyertakan sokongan penghalang iklan pada pelayar web mereka, dalam usaha menghalang iklan yang menganggu kepada pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera 60 untuk desktop hari ini, dan mencuba sejumlah ciri baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd