Cari @ Amanz

Counterpoint – Ramai Pengguna Samsung Didapati Berhijrah Ke Pixel 3 Dan OnePlus 6T

Link Copied!

Google hadir dengan telefon pintar Pixel bagi menandingi Apple yang mempunyai iPhone. OnePlus pula terkenal dengan peranti mercu dengan tanda harga kompetetif jika dibandingkan dengan Samsung atau Apple.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Counterpoint Research, sekitar 18% pengguna yang beralih ke Pixel 3 adalah daripada pengguna iPhone, dan sekitar 16% pengguna yang beralih ke OnePlus 6T dari pengguna iPhone. Kebanyakan pengguna Pixel 3 dan OnePlus 6T ini adalah daripada bekas pengguna peranti Android lain. Mengejutkan majoriti yang berhijrah kepada dua peranti ini adalah daripada bekas pengguna Samsung.

Kajian sama turut memperlihatkan sekitar 51% pengguna Pixel 3 yang terlibat dalam bancian berkenaan adalah daripada pengguna Galaxy S7. Secara keseluruhan, lebih 80% pengguna Android yang berhijrah ke dua peranti ini dan bukannya pengguna iPhone.

Seperti biasa, kajian ini hanya mengambil kira sebilangan kecil pengguna sahaja, dan mungkin statistik sebenar pada peringkat global adalah berbeza.


Komen ()