Xiaomi Mi 8 Dan Mi MIX 3 Menerima Sokongan AOD Berwarna Dari Mi 9 Dalam MIUI Beta Terkini

Xiaomi Mi 8 Dan Mi MIX 3 Menerima Sokongan AOD Berwarna Dari Mi 9 Dalam MIUI Beta Terkini

Diterbitkan pada Apr 10, 2019 oleh .

Sejak Xiaomi Mi MIX 3, skrin AMOLED peranti Xioami dilihat mula bertambahbaik. Perkara ini diteruskan pada Xiaomi Mi 9 dan Mi 9 juga merupakan peranti Xiaomi pertama yang menerima sokongan Always-On Display berwarna. Kini dalam MIUI beta, Always-On Display Mi 9 hadir pada Xiaomi Mi 8, Mi 8 SE dan juga Mi MIX 3.

Dalam kemaskini ini juga, Xiaomi turut membaiki masalah jam pada Always-On Display tidak sekata selepas skrin dinyahkunci. Selain itu, Xiaomi turut membenarkan pengguna memilih sama ada untuk terus pergi ke laman utama atau tatal untuk nyahkunci peranti – jika pengguna menggunakan nyahkunci berasaskan wajah. Always-On Display terbaru MIUI ini buat masa ini hanya mempunyai fungsi asas seperti jam, tarikh dan notifikasi sahaja. Tiada fungsi tambahan seakan Always-On Display pada Samsung.

Always-On Display ini hadir dalam MIUI beta untuk versi China terlebih dahulu. Kelak, ia turut akan hadir dalam MIUI beta global sebelum ia sedia untuk OTA versi stabil.


TIPS & ULASAN