Qualcomm Memperkenalkan ‘Cloud AI 100’ – Cip Yang Direka Untuk Melancarkan Tugasan Kecerdasan Buatan

Qualcomm Memperkenalkan ‘Cloud AI 100’ – Cip Yang Direka Untuk Melancarkan Tugasan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Apr 10, 2019 oleh .

Qualcomm pada sebelum ini telah memperkenalkan sejumlah cip pemprosesan kelas pertengahan pada acara Qualcomm AI Day 2019. Bersama-sama dengannya, Qualcomm juga telah memperkenalkan perkakasan untuk kegunaan kecerdasan buatan (AI) – menerusi perkenalan Qualcomm Cloud AI 100.

Cip ini direka sebagai accelerator dalam membantu segala tugasan berkaitan dengan AI. Menurut Qualcomm, mereka membina perkakasan ini bagi meningkatkan proses AI pada CPU, GPU, atau FPGA yang giat digunakan pada pusat pengkalan data (data centre).

Dengan kehadiran Qualcomm Cloud AI 100 ini, ia membolehkan para pembangun memanfaatkannya dalam menghasilkan program atau solusi berasaskan AI yang lebih baik. Ia direka dengan binaan 7nm, sekaligus membolehkan tugasan AI dapat dijalankan dengan lebih pantas dan efisien.

Dengan penggunaan AI semakin berkembang dari hari ke hari, cip ini dijangka akan dimanfaatkan oleh banyak pengeluar peranti. Bagi anda yang ingin melihat potensinya, cip Qualcomm Cloud AI 100 ini bakal mula digunakan pada produk pengguna seawal pertengahan tahun ini.


TIPS & ULASAN