Cari @ Amanz

“Sila pergi Google” ialah ayat yang kerap kami dengari dan sendiri gunakan di pejabat kerana Google adalah enjin carian nombor satu dunia. Tetapi kerana wujudnya jutaan laman di atas talian, proses mencari maklumat yang paling tepat dan terkini kadang kala menjadi agak leceh. Bagi memudahkan lagi carian yang lebih tepat, Google kini menyokong arahan carian yang lebih tepat berdasarkan tarikh terus dari kotak carian.

Pengguna hanya perlu menambah perkataan “before” dan “after” di belakang maklumat yang ingin dicari bersama dengan tarikh mengikut format tahun, bulan dan hari. Sebagai contoh anda mungkin ingin mencari maklumat mengenai Upin Dan Ipin di antara Jun 2018 dan Ogos 2018. Pada kotak carian taip “Upin dan Ipin after:1/6/2018 before 1/8/2018”. Pengguna boleh menggunakan “/” atau “-” di antara tarikh untuk melakukan carian.

Dengan fungsi baru ini, seorang power user boleh melakukan carian yang paling tepat tanpa perlu mengakses tab “tools” yang turut membolehkan mereka mencari berdasarkan julat tarikh. Proses mencari menjadi lebih pantas kerana tiada keperluan melalui beberapa skrin tetapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd