Cari @ Amanz

Spotify Menghasilkan Tujuh Senarai Main Berdasarkan Siri Game of Thrones

Link Copied!

Eddard Stark pernah berkata “musim sejuk akan tiba”. Namun kita tinggal di negara beriklim tropika yang membuatkan kata-kata Eddard Stark ini sedikit lucu. Namun begitu yang pasti minggu hadapan musim terakhir siri epik Game of Thrones akan akhirnya ditayangkan di HBO. Oleh sebab itu Spotify telah menghasilkan tujuh senarai main berdasarkan tujuh keluarga utama siri GoT.

Senarai yang dihasilkan ialah House Baratheon, House Targaryen, House Stark, House Lannister, The White Walkers, The Night’s Watch dan The Great Houses. Spotify turut mendedahkan setakat ini muzik dari siri GoT sudah dimainkan sebanyak 380 juta kali sejak 1 Januari 2016. Lagu dengan penstriman tertinggi ialah Light of The Seven diikuti oleh lagu tema Game of Thrones diikuti oleh Winds of Winter. Kepada peminat tegar GoT, senarai main ini boleh dinikmati sekarang bagi mendapatkan mood yang tepat sebelum siri popular ini akhirnya melabuhkan tirai. Valar Marghulis kami ucapkan kepada anda semua.


Komen ()