Cari @ Amanz

Sejumlah Pengguna Melaporkan Fungsi Instagram Stories Memaparkan ‘Story’ Pengguna Yang Tidak Diikuti

Link Copied!

Instagram Stories merupakan fungsi perkongsian gambar dan video ringkas yang hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam. Apabila anda mengikuti seseorang, story daripada individu tersebut akan terpapar di bahagian atas paparan utama. Namun pada hari ini, sejumlah pengguna melaporkan ada beberapa akaun yang tidak diikuti turut terpapar pada bahagian Instagram Stories ini.

Perkara ini dilaporkan berlaku sejak awal pagi hari ini dan terkesan kepada sejumlah pengguna di beberapa buah negara. Ia membuatkan pengguna mendapat kejutan kecil kerana menyangka mereka ada tersalah atau terklik sesebuah akaun untuk diikuti.

Apabila pengguna membuka story pengguna yang tidak diikuti ini, ia hanya memaparkan paparan hitam bersama logo berbentuk ‘refresh‘. Bermakna, story yang dibuka masih tidak dapat dilihat, namun ia masih memaparkan nama dan gambar profil pengguna yang tidak diikuti ini.

Pihak Instagram masih tidak memaklumkan sebarang pengumuman atau info berkaitan dengan isu ini. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pepijat kecil atau Instagram sendiri ingin menguji story pengguna lain untuk dibawa ke halaman utama Instagram. Perkara ini boleh dilihat sendiri pada halaman IGTV yang kini turut memaparkan kandungan daripada sejumlah pengguna yang tidak diikuti.


Komen ()