Sebentar tadi, Oppo telah melancarkan Oppo Reno dan Oppo Reno 10x Zoom Edition. Bersama-sama dengan pelancaran dua peranti baru ini, Oppo turut melancarkan beberapa aksesori baru seperti O-Fresh.
O-Fresh adalah set fon telinga USB-C daripada Oppo. Apa yang menarik pada set fon telinga ini adalah, ia mempunyai pengiktirafan Hi-Res yang menawarkan kualiti audio yang baik. Driver pada set fon telinga pula adalah daripada aluminium untuk hasil audio yang lebih hebat. Pada wayar O-Fresh turut terbina alat kawalan dan mikrofon untuk panggilan telefon. Wayar O-Fresh juga dihasilkan untuk tidak terbelit. Menariknya, jika pengguna berminat dengan O-Fresh tetapi tidak gemari USB-C – versi bicu 3.5mm turut ditawarkan.
Selain itu, Oppo turut lancarkan pengecas SuperVOOC untuk kereta. Pengecas untuk kereta ini hadir dengan sistem pengecasan pantas SuperVOOC yang boleh mengecas peranti Oppo Find X, Oppo Find X Lamborghini Edition, Oppo R17 Pro dan kedua-dua Oppo Reno dengan pantas. Untuk pengguna peranti Oppo seperti R17, R15 dan R11s – ia turut menyokong pengecasan VOOC biasa. Pengecas ini turut mempunyai lingkaran lampu dikeliling untuk memudahkan pengguna yang memandu waktu malam, mengecas peranti tanpa sebarang masalah.
Kedua-dua aksesori ini dijualdi China terlebih dahulu. O-Fresh dijual pada harga RMB129 (~RM79) dan pengecas untuk kereta SuperVOOC adalah RMB199 (~RM122).