Mozilla Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Mengenal Pasti Pepijiat Yang Dilaporkan Oleh Pengguna

Mozilla Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Mengenal Pasti Pepijiat Yang Dilaporkan Oleh Pengguna

Diterbitkan pada Apr 10, 2019 oleh .

Pihak Mozilla menerima pelbagai laporan mengenai pepijat dan permintaan fungsi baru pada produk keluaran mereka setiap hari. Pada saat ini, mereka telah menerima laporan ini sebanyak 1,536,796, sekaligus membuatkan mereka sukar untuk meninjau laporan yang perlu diutamakan. Disebabkan itu, mereka telah menggunakan teknik pembelajaran mesin dalam menguruskan pepijat ini.

Perkara ini dijayakan melalui Mozilla BugBug – iaitu sebuah alat pembelajaran mesin yang akan mengenal pasti pepijat setelah dilaporkan oleh pengguna. Ia ditempatkan di dalam perkhidmatan Bugzilla, yang mana ia dapat mengkelaskan pepijat ini mengikut produk – seperti Firefox, Firefox untuk Android, dan Thunderbird.

Mozilla mengatakan ia mampu memberi kadar ketepan sekitar 93%, sekaligus membuatkan mereka ingin memanfaatkan teknologi ini. Dengan adanya BugBug, mereka tidak perlu bergantung kepada bantuan manusia semata-mata dalam mengenal pasti pepijat yang dilaporkan oleh pengguna.

Buat masa ini, BugBug hanya mengkelaskan pepijat untuk produk berkaitan dengan Firefox, dan bakal diperluaskan kepada produk Mozilla yang lain. Anda boleh menuju ke halaman Mozilla Bugzilla untuk melaporkan sejumlah pepijat yang dijumpai pada produk Mozilla.


TIPS & ULASAN