Carian
Samsung Galaxy A80 Dilancarkan Dengan Rekaan Tri-Kamera Yang Boleh-Diputarkan
April 10, 2019 Aman

Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy A, iaitu Samsung Galaxy A80. Menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakang yang boleh dinaikkan secara mekanikal, selain diputarkan untuk digunakan bagi rakaman swafoto.

Samsung Galaxy A80

Galaxy A80 hadir menggunakan skrin 6.7-inci pada resolusi 2400×1080 pixel Super AMOLED, menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Samsung Galaxy A80

Samsung Galaxy A80

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera dengan kamera utama 48-megapixel f/2.0, lensa rakaman sudut lebar 8-megapixel f/2.2, dan juga kamera 3D depth. Kamera ini juga turut digunakan untuk rakaman swafoto – dimana ia akan dinaikkan secara mekanikal, dan diputarkan secara automatik untuk rakaman swafoto.

Samsung Galaxy A80

Galaxy A80 akan ditawarkan dalam pilihan tiga warna, iaitu warna emas, putih dan juga hitam. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualan untuk telefon pintar ini.

Komen