Cari @ Amanz

Vivo X27 Pro Dilancarkan Dengan Snapdragon 710 Dan Kamera Swafoto Rekaan Periskop

Link Copied!

Hari ini ialah hari yang agak sibuk dengan pelbagai peranti baharu dilancarkan seperti Samsung Galaxy A80 dan Oppo Reno. Sebuah lagi syarikat di bawah payung BBK Electronic turut melancarkan peranti mereka sebentar tadi iaitu Vivo X27 Pro. Ini ialah model kemas kini dengan spesifikasi lebih baik berbanding Vivo X27 yang dilancarkan Januari lalu.

Ia dilengkapi skrin lebih besar 6.7″ SAMOLED FHD+,dijana cip Snapdragon 710, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB, kamera utama 48+13+2 f/1.8+f/2.2+f/1.8, kamera swafoto periskop 32-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 4000 mAh. Bateri peranti menyokong pengecasan pantas Vivo FastCharge menerusi port USB-C.

Sistem tri-kamera yang digunakan menggunakan sensor 48-Megapixel pada lensa sudut lebar, 13-Megapixel pada lensa sudut ultra lebar dan 2-Megapixel untuk mod malam. Ini membolehkan peranti merakam gambar pada waktu malam yang lebih terang. Peranti menggunakan sistem operasi Android Pie dengan pelancar Funtouch OS 9. Di China Vivo X27 Pro dijual pada harga RMB 3998 (~RM 2445) bermula 18 April dalam warna hitam mutiara dan putih.


Komen ()