Cari @ Amanz

Imej Rasmi Honor 20i Diperlihatkan

Link Copied!

Beberapa hari yang lalu gambar peranti yang dikatakan adalah Honor 20 Lite telah tertiris. Nampaknya peranti tersebut bakal menggunakan nama Honor 20i apabila dilancarkan di China kelak. Ini adalah berdasarkan gambar yang telah dikongsi sendiri oleh pihak Honor menerusi laman atas talian Vmall mereka.

Peranti ini dijangka dilengkapi skrin 6.21″ FHD+, dijana cip Kirin 710. memori sebesar 4GB RAM, storan 128GB, kamera utama 24+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Peranti dicas menggunakan port mikroUSB dan ini adalah mengecewakan.

Ia walau bagaimanapun menggunakan Android 9 Pie dan pelancar EMUI 9. Masih terdapat bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Dari gambar yang dikongsi ia turut ditawarkan dalam waran cerun biru, merah dan hitam. Kesemua peranti Honor 20 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 April ini.


Komen ()