Samsung Galaxy A20e Dilancarkan Di Eropah Dengan Skrin Lebih Kecil
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy A20e Dilancarkan Di Eropah Dengan Skrin Lebih Kecil

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Di Malaysia Samsung Galaxy A20 telah dilancarkan pada penghujung Mac yang lalu. Peranti kelas pertengahan ini nampaknya ditawarkan dengan skrin yang lebih kecil selepas ia dilancarkan di Poland. Samsung Galaxy A20e mempunyai spesifikasi yang sama dengan Galaxy A20 cuma skrin mengecil dari 6.4″ ke 5.8″.

Ia masih dijana cip Exynos 7884, memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13+5 MP f/1/9+f/2.2, kamera hadapan 8-MP f/2.0 dan bateri sebesar 3000 mAh. Ini adalah saiz bateri yang 1000 mAh lebih kecil berbanding Galaxy A20. Terdapat sokongan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Peranti turut dilengkapi bicu audio serta pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Di Poland ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih. Harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan pada saat ini.


TIPS & ULASAN