Gartner – Pengeluaran Komputer Peribadi Menyusut 4.6% Pada Suku Pertama 2019 Dengan Lenovo Memegang Pasaran Terbesar

Gartner – Pengeluaran Komputer Peribadi Menyusut 4.6% Pada Suku Pertama 2019 Dengan Lenovo Memegang Pasaran Terbesar

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Penggunaan komputer peribadi semakin berkurangan tahu demi tahun kerana kepopularan telefon pintar. Bagi kebanyakan pengguna, telefon pintar ialah “komputer” pertama mereka dan ia cukup ampuh untuk keperluan harian. Gartner telah mengeluarkan angka pengeluaran komputer peribadi untuk suku pertama 2019 dan pasaran nampaknya menyusut -4.6% berbanding suku yang sama 2018.

Tiga pengeluar komputer riba terbesar dunia menujukan peningkatan manakala tiga lagi menunjukkan penyusutan pada suku yang lalu. Lenovo masih di atas dengan pegangan 22.5% diikuti oleh HP (21.9%), Dell (17.6%), Apple (6.8%), Asus (6.2%) dan Acer (5.7%). Lenovo mencatatkan peningkatan tertinggi 6.9% manakala Acer mengalami pengurangan paling besar -13.2%.


TIPS & ULASAN