Shopee, salah satu laman edagang popular di Malaysia, kini mengumumkan yang mana mereka telah menjadi penaja utama untuk pasukan Mobile Legends popular, Team Bosskurr.
Dengan penajaan ini, pasukan berkenaan akan dikenali dengan nama baru, iaitu Shopee Bosskurr.
Untuk makluman, pasukan ini sebelum ini dikenali dengan nama Team Saiyan – salah satu pasukan esukan yang popular dikalangan peminat tempatan.
Bersama-sama pengumuman ini juga, pihak Shopee mengatakan kelak mereka akan mengadakan beberapa pertandingan Mobile Legends berbentuk mini, selain menawarkan sejumlah barangan Shopee Bosskurr melalui platform edagang berkenaan – termasuk jersi dan juga kabel Bosskurr Gaming.