Oppo F11 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

Oppo F11 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Oppo Malaysia sedia menawarkan Oppo F11 Pro untuk pasaran tempatan. Kini, selain daripadanya, versi sedikit murah turut diumumkan akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi, iaitu Oppo F11.

Oppo F11 hadir dengan perbezaan rekaan peranti yang jauh berbeza dengan Oppo F11 Pro. Oppo F11 menggunakan rekaan bertakuk dihadapan dan bukannya kamera yang boleh dinaikkan seperti pada Oppo F11 Pro.

Oppo F11

Walaubagaimanapun, dari segi spesifikasi, ia adalah lebih kurang sama. Oppo F11 hadir dengan skrin 6.53-inci FHD+, dijana cip Helio P70, memori 4GB RAM,storan 128GB dan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantasn VOOC 3.0.

Melengkapkan ia adalah kamera swafoto 16-megapixel, selain kamera belakang gabungan 48-megapixel + 5megapixel.

Buat masa ini, harga jualan tempatannya belum diumumkan lagi. Oppo mengatakan ia bakal ditawarkan secara eksklusif bersama Shopee bermula 16 April 2019 ini.


TIPS & ULASAN