Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah pun menamatkan penawaran Google+ untuk pengguna umum, sekaligus menamatkan penawaran laman sosial daripada Google berkenaan. Walaubagaimanapun, penamatan berkenaan adalah hanya untuk versi pengguna umum sahaja, sementara untuk perusahaan, pihak Google meneruskannya dibawah nama baharu, iaitu Google Currents.

Google Currents

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Google, mungkin sedia maklum yang mana sebelum ini Google pernah hadir dengan penawaran pada nama sama, iaitu sebuah majalah digital yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin. Walaubagaimanapun, Google Currents telah pun ditamatkan sebelum ini, dan diintegrasikan ke Google News. Kini, jenama berkenaan digunakan kembali oleh Google, tetapi untuk penawaran laman sosial dikalangan pengguna G Suite.

Melalui Google Currents, ia membolehkan pengguna perusahaan untuk membuat perbincangan dalam syarikat, selain berkongsi pelbagai perkara untuk dibincangkan dalam sesuatu organisasi.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Google Currents akan mempunyai permintaan atau sebaliknya. Tetapi, dengan penawaran untuk memudahkan perbincangan dalam organisasi, ia mungkin mempunyai penggunanya tersendiri berbanding Google+ sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd