Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Sejak Project Treble diperkenalkan, Google berhasrat untuk semua pengeluar mengedarkan kemaskini sistem operasi Android dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun, kemaskini yang pantas dilihat hanya diedarkan oleh pengeluar peranti yang menggunakan sistem operasi berasaskan Android asli sahaja. Contohnya, Android asli Pixel, Android One, Android asli Essential Phone atau juga OnePlus dengan Oxygen OS.

<string name=”system_update_page_title”>System Update</string>

Terbaru, Google dilihat menguji sesuatu yang lain daripada yang lain – di mana kemaskini sistem kelak mungkin akan diedarkan melalui Google Play Store. Pihak 9to5Google temui barisan kod ini dalam fail .APK terkini Google Play Store. Di mana barisan kod ini menjelaskan akan terdapat bahagian ‘System Update’, butang ‘Download & Install’, notifikasi ‘Preparing’ dan notifikasi ‘Device will restart soon..’

Jika aplikasi sistem Google sudah boleh kemaskini melalui Google Play Store, tidak mustahil jika kemaskini keseluruhan sistem operasi kelak juga boleh dilakukan dalam cara yang sama.


TIPS & ULASAN