Acer Spin 3 Diperkenalkan – Komputer Riba Boleh-Lipat Acer Dikemaskini Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Baru

Acer Spin 3 Diperkenalkan – Komputer Riba Boleh-Lipat Acer Dikemaskini Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Baru

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Pada tahun 2017, Acer telah melancarkan laptop boleh lipat Acer Spin 3 dan Spin 5, iaitu komputer riba boleh-lipat 360 darjah yang hadir dengan spesifikasi yang boleh dikatakan cukup berkuasa untuk pelbagai kegunaan pada waktu tersebut.

Di acara Acer Global Press Conference, mereka telah mengemaskini model Acer Spin 3 untuk hadir dengan rekaan dan juga spesifikasi baru yang lebih berkuasa.

Acer Spin 3

Dari segi spesifikasi dalaman, komputer riba ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi kelapan, memori DDR4 dan juga gabungan storan SSD PCIe NVMe 512GB dan cakera keras sebesar 1TB. Untuk mereka yang memerlukan kemampuan grafik yang lebih baik daripada Intel Graphics, Acer Spin 3 ini juga dimuatkan dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce MX230 dengan memori GDDR5 sebanyak 2GB.

Komputer riba Acer Spin 3 ini mempunyai paparan sesentuh 14 inci dengan resolusi Full HD, dan rekaan paparannya turut dikemaskini untuk memberikannya bezel setebal 9.6mm yang membolehkan Acer memaksimakan saiz paparan di dalam rangka yang padat.

Apa yang lebih menarik lagi ialah itu bukan sahaja perubahan rekaan yang diperlihatkan pada Acer Spin 3 ini. Ia turut dilengkapi dengan dermaga pengecasan stylus terbina didalamnya, dan juga jangkahayat bateri selama 12 jam dengan satu pengecasan penuh.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bilakah Acer akan membawa masuk Acer Spin 3 ini dan pelbagai komputer lain yang diumumkan hari ini ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN