Mengambil Swafoto Di Pantai Thailand Ini Boleh Mengakibatkan Anda Dikenakan Hukuman Mati

Mengambil Swafoto Di Pantai Thailand Ini Boleh Mengakibatkan Anda Dikenakan Hukuman Mati

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Sebanyak 259 swafoto yang mengakibatkan kematian telak dilaporkan sejak 2011. Angka ini akan terus bertambah kerana kerap kali ramai sanggup mengambil risiko semata-mata untuk mengambil gambar yang tular di media sosial. Di Thailand, mengambil gambar di pantai Mai Khao boleh menyebabkan anda dikenakan hukuman mati.

Pantai Mai Khao terletak di hujung landasan sembilan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Ia popular di kalangan pelancong kerana membolehkan mereka mengambil swafoto dengan kapal terbang terbang rendah di atas kepala mereka.

Namun begitu pihak berkuasa Phuket akan memperkenalkan zon larangan sebesar 9 kilometer persegi di sekitar lapangan terbang ini atas sebab keselamatan. Mereka yang didapati menceroboh kawasan ini boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah. Pelancong kini mula dihalang dari memasuki kawasan pantai.


TIPS & ULASAN