Guna Celcom Dan Dapatkan Huawei P30 Secara Percuma

Guna Celcom Dan Dapatkan Huawei P30 Secara Percuma

Diterbitkan pada Apr 14, 2019 oleh .

Bagi anda yang gemar untuk mengikuti perkembangan teknologi terkini dan sering bertukar-tukar peranti pintar, anda pasti sudah tahu kemunculan peranti baru dari Huawei yang diumumkan bulan ini iaitu Huawei P30.

Sekiranya anda pelanggan Celcom atau berminat untuk menukar pelan telekomunikasi kepada Celcom, anda tidak tersalah dalam membuat keputusan. Hal ini kerana dengan penawaran yang diberikan oleh Celcom, anda boleh menikmati pelbagai jenis kelebihan malah mereka turut menawarkan Huawei P30 secara percuma pada kali ini.

Bagaimana Mendapatkan Huawei P30 Secara Percuma?

Bagi mendapatkan Huawei P30 secara percuma, anda hanya perlu ke mana-mana kedai cawangan Celcom ataupun Celcom BlueCube dan cawangan rasmi mereka. Anda perlu mendaftar pelan 1 talian tambahan Celcom Mobile Family bersama dengan pelan Platinum Plus. Pelan ini merupakan pelan yang menguntungkan dimana anda akan menerima 100GB kuota data untuk kegunaan anda, dan juga anda boleh berkongsi sehingga 125GB kuota internet bersama ahli keluarga yang lain.

Lebih dari itu, pengguna juga akan menerima kuota data Video Walla sebanyak 1TB sekaligus membolehkan anda menonton pelbagai video dari platform penstriman kegemaran anda. Untuk tawaran ini, pengguna juga boleh memilih aksesori ekslusif dari Huawei iaitu bekas pengecasan nirwayar yang bernilai RM 268 untuk Huawei P30 sementara stok masih ada.


Huawei P30 merupakan telefon terkini dari Huawei yang membawakan zoom digital sehingga 30x dengan empat lensa kamera bagi memberikan hasil pengimejan terbaik dan mampu merakam gambar pada waktu malam dengan lebih baik. Ia juga dilengkapi dengan cip Kirin terbaru, dan menyertakan 128GB storan.

Baca: Pandang Pertama Huawei P30 Pro

Jadi sekiranya anda sedang mencari Huawei P30, milikinya secara percuma dengan kuota data yang banyak menerusi pelan Celcom Mobile Family ini. Hanya perlu pergi ke cawangan Celcom BlueCube dan cawangan rasmi berdekatan, dan terus mendaftarnya.

Daftar & Miliki: Huawei P30 Secara Percuma Menerusi Celcom Mobile Family

Penafian: Advertorial Dari Celcom



TIPS & ULASAN