Sharp telah lama tidak melancarkan telefon pintar mereka di Malaysia. Kali terakhir ini berlaku ialah pada tahun 2017 dengan pelancaran Sharp Aquos S2. Mereka juga baru menghasilkan peranti dengan skrin AMOLED tahun lalu. Dalam masa terdekat mereka mungkin akan melancarkan pula peranti dengan rekaan skrin yang boleh dilipat.
速報です。シャープが曲がる折りたたみスマホ向け有機EL展示。三重工場と堺工場で製造した「純日本製」パネルとなります。
https://t.co/cqi5Pi0Imr pic.twitter.com/uYt8lrK6s1— 小口貴宏 / EngadgetJP (@TKoguchi787) April 10, 2019
Skrin OLED boleh lipat oleh Sharp telah diperlihatkan di Jepun. Ia adalah sebesar 6.18″ dengan resolusi WQHD + (1440 x 3040 pixel). Ia dilipat dari atas ke bawah seperti sebuah peranti clamshell klasik. Menurut pihak Shark, skrin ini telah diuji untuk bertahan dibuka dan ditutup sebanyak 300,000 kali. Dengan wujudnya protoraip ini, mungkin Shark akan mengikuti pengeluar lain yang akan melancarkan peranti skrin boleh lipat dalam masa terdekat.