Cari @ Amanz

Siri komputer riba Acer Aspire dikenali untuk binaan, rekaan dan spesifikasi yang dibina khusus untuk tujuan kerja di dalam dan di luar pejabat, dan di acara Acer Global Press Conference tahun ini, ia nampaknya akan dikemaskini untuk menjadikannya komuter riba yang sesuai untuk pelbagai jenis tugas.

Acer Aspire 7

Bermula dengan Acer Aspire 3, komputer riba ini kini tiba dengan beberapa pilihan CPU, termasuklah siri CPU Intel Core generasi kelapan dan juga siri CPU AMD Ryzen Mobile yang hadir dengan GPU Vega Mobile. Bukan itu sahaja, bergantung kepada model CPU yang anda pilih, Aspire 3 ini turut hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 ataupun AMD Radeon RX540.

Acer Aspire 5 pula hadir dengan spesifikasi-spesifikasi dalaman yang sama seperti model Aspire 3, tetapi perbezaan paling ketara yang dapat dilihat ialah model Aspire 5 hadir dengan rekaan aluminum pada bahagian belakang paparan yang memberinya rupa yang lebih premium.

Acer Aspire 7 boleh dikatakan model yang paling padat dengan storan digital diantara ketiga-tiga model ini. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 generasi kelapan, dan mempunyai storan SSD NVMe PCIe sebesar 1TB dan cakera keras sebesar 2TB.

Kesemua model-model komputer riba Acer Aspire ini turut hadir dengan rekaan paparan hampir nirbingkai pada resolusi Full HD yang memberikan laptop-laptop ini rekaan dan rupa yang lebih premium berbanding dengan komputer-komputer riba yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd