Cari @ Amanz

Siri laptop gaming Acer Predator Helios boleh dikatakan antara komputer-komputer riba yang mempunyai spesifikasi berkuasa dan rekaan luaran yang agresif, dan di acara Acer Global Press Conference, kedua-dua ciri tersebut bakal hadir lagi melalui model-model yang diperkenalkan.

Acer Predator Helios 300

Acer Predator Helios 300 hadir dengan kemaskini yang agak besar melalui spesifikasi dalamannya. Ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi kesembilan, memori DDR4, storan SSD dan juga pilihan kad grafik yang cukup banyak, daripada NVIDIA GeForce RTX 2070, RTX 2060 dan juga siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX yang terbaru.

Acer Predator Helios 700

Acer turut memperkenalkan Acer Predator Helios 700, sebuah komputer riba gaming yang hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Ia mempunyai pilihan siri CPU Intel Core i9 generasi kesembilan yang terbaru, memori DDR4 sehingga 64GB, storan SSD PCIe dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX sehingga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080.

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan sebuah ciri baru yang dinamakan HyperDrift, dimana bahagian papan kekunci boleh dilungsurkan kehadapan untuk meningkatkan lagi prestasi system penyejukan komputer riba ini tanpa memanaskan bahagian tersebut.

Buat masa ini, pihak Acer masih belum mengumumkan bilakah ia akan dilancarkan untuk pasaran tempatan. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalannya di pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd