Acer hari ini telah mengadakan acara NextAtAcer, dimana pada acara berkenaan, sejumlah produk baru diperkenalkan oleh pihak Acer. Salah satunya adalah monitor memfokuskan kepada permainan video, iaitu Acer Predator CG437KP.
Monitor ini hadir dengan skrin 43-inci pada paparan resolusi UHD, mencapai 3840×2160 pixel. Ia turut menawarkan kadar segar semula 144Hz, sekaligus membolehkan anda menikmati pelbagai permainan tembak-menembak dan aksi dengan lebih baik menggunakannya.
Monitor ini juga turut menerima pengesahan VESA untuk sokongan DisplayHDR 1000. Melalui pengumuman pihak Acer, mereka turut menyatakan yang mana monitor ini menyokong ciri Adaptive-Sync yang dibawakan kad grafik GeForce.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah monitor ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.