Acer Memperkenalkan Tiga Komputer Riba Dibawah Siri ConceptD Memfokuskan Pengguna Multimedia Kreatif

Acer Memperkenalkan Tiga Komputer Riba Dibawah Siri ConceptD Memfokuskan Pengguna Multimedia Kreatif

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan siri desktop dibawah ConceptD, pihak Acer turut memperkenalkan tiga komputer riba premium baru dibawah siri berkenaan, memfokuskan kepada pengguna yang bertugas dalam arena multimedia kreatif. Untuk penawaran komputer riba pula, tiga variasi model diperkenalkan, iaitu ConceptD 9, ConceptD 5, dan juga Concept 7.

Acer ConceptD 9

Acer Concept 9 hadir dengan rekaan yang menarik menggunakan engsel Ezel Aero untuk mod paparan berbeza, penawaran skrin 17.3-inci dengan sokongan pewarnaan 100% Adobe RGB, ketepatan warna Delta E<1, dan memfokuskan kepada penghasilan karya 3D menggunakannya. Menjana komputer riba ini adalah cip Intel Core i9 generasi ke-9, dan juga kad grafik RTX 2080.

Acer ConceptD 5

Acer ConceptD 5 pula merupakan komputer riba dengan rekaan nipis dan elegan ditujukan untuk rekabentuk grafik. Ia hadir dengan skrin 15.6-inci dengan sokongan pewarnaan 100% Adobe RGB, selain turut menerima pengesahan Pantone. Ia dijana cip Intel Core i7 generasi ke-8 dan juga kad grafik Radeon RX Vega M GL.

Dan akhir sekali adalah Acer ConceptD 7 yang memfokuskan kepada penyuntingan video. Ia turut menggunakan skrin 15.6-inci UHD dengan sokongan pewarnaan 100% Adobe RGB, dijana cip Intel Core i7 generasi kesempbilan, dan kad grafik RTX 2080. Acer mengatakan ia membolehkan penyuntingan video 6K RED dengan mudah menggunakannya.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh ia akan ditawarkan masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar secara rasmi daripada pihak Acer berkenaan dengannya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN